Sunday, April 7, 2013

Love is an act of endless forgiveness, a tender look which becomes a habit

Bismillah,

Setiap orang mukmin itu bersaudara. mereka bertemu, mereka berpisah, keranaNya. Memang sudah janji Tuhan, penyatuan hati-hati mereka, adalah ubat kepada setiap hati yang resah di kalangan mereka. Segala kebaikan dan segala kekurangan setiap mereka adalah satu kekuatan terkumpul. Takkan terkalah oleh siapapun, jika mereka tekad dan mahu.

Hari ini hari mulia buat hati itu. Semoga sentiasa dinaungi lembayung rahmat dan kasih Allah. Demi Zat yang Maha Mengetahui setiap rahsia hati-hati, semoga hanya yang terbaik dikurniakan buat hati itu.

"Love is an act of endless forgiveness, a tender look which becomes a habit"

Love me, Allah
Love all those who loves me too, Allah


Tuesday, April 2, 2013

Up and down and up again

Bismillah,

Sudah beberapa tahun menghirup udara di sini. Belajar erti kehidupan. Banyak yang masih tidak diketahui. Mungkin itu semua rahsiaNya. Erti persahabatan yang kerap disalah erti. Erti kehidupan yang sering diambil sepi.

Mungkin sudah takdirNya.

Tuhan yang Maha Mendengar
Dengarilah